Wednesday, 28 December 2011

Rasa Macam Nak Kahwin.

Assalamualaikum



Aku buka mata. Dah pukul 12 tengah hari. Semalam kerja dengan tekun hingga penat sampaikan terpaksa tidur sepas subuh. Ah, tabiat lama aku yang susah hendak di tinggalkan.

Aku check iPhone 8 aku. Ada satu iMesengger dari anak sulung.

"Daddy, tadi Along ada jumpa awek comel kat airport. Dah la comel, mantap pulak tu. Sampai segan gila nak tegur. Tapi agak-agak Daddy, boleh berjaya tak kalau Along tackle dia?"

Aku menarik nafas panjang. Kemudian hembus perlahan-lahan sambil menggelengkan kapala. Kecewa dengan anak sulung ku sendiri. Dari kecil aku didik, tapi begini hasilnya. How can dia boleh segan-segan nak tegur awek comel? Sebagai lelaki sejati, istilah segan tak akan pernah wujud bila berada di hadapan perempuan. Segan-segan tu semua bullshit.

"Apasal pulak boleh segan ni? Kan Daddy dah kata depan perempuan kena high confident?"

Apa guna jadi lelaki kalau tak confident serta malu-malu? Ada ke perempuan yang nak? Okay fine memang ada sebab lelaki malu-malu sure comel gila.

"Along tahu Daddy, tapi awek ni kalau tak silap Along, ni anak perempuan Lisa Surihani"

"Lisa tak Lisa. Kalau berkenan, tackle dia dan bawak jumpa Ibu dan Daddy. Dari dulu dok tackle perempuan, kahwin tak jugak. Daddy dulu umur 24 tahun dah kahwin dengan Ibu kamu tahu?"

Aku letak handphone aku di birai katil dan sambung baring. Bila di fikir-fikirkan balik, semakin tinggi dan maju teknologi, semakin lambat lah remaja ni nak kahwin. Tak tahu ke dulu orang umur belasan tahun dah start ada anak? Adakah anak remaja zaman sekarang terlampau manja sampai tak matang hinggakan tak boleh pikul tanggungjawab berkeluarga? Kecewa betul.

Aku bangun balik dari katil. Turun ke ruang tamu hanya dengan berboxer. Sunyi. Aku pergi pulak ke ruang dapur. Bau masakan hasil air tangan isteri dah masuk ke mulut. Dari mulut terus masuk ke hati. Mana suami tak sayang kalau isteri pandai masak ye tak?


Aku tengok wife aku tengah basuh pinggan di dapur. Di atas meja, dah tersedia segala makan minum untuk aku. Ah rajin betul bini aku ni. Tapi kalau di fikir-fikir balik, kesian juga semua benda dia nak kena buat. Sebenarnya dulu aku dah carikan seorang pembantu rumah untuk dia. Baru beberapa minit pembantu rumah dan isteri aku bertentang mata, terus isteri aku reject dia. Katanya, orang gaji yang aku carikan tu tak sesuai. Aku pun tak faham kenapa dia kata tak sesuai. Padahal aku tengok okay je orang gaji tu. Rambut blond, badan petite, muka ala-ala amoi kacukan Hong Kong. Umur baru 21 tahun. Apa yang tak sesuainya? Tapi bila aku suarakan ke tak puasan hati aku, terus dia cubit peha aku sepuas-puasnya. Dia punya cubit tu, dia cubit sipi-sipi je tau. Tapi bila sampai kedalaman tertentu, dia twist. Perh. Sampai sekarang berbirat. Sejak dari tu, aku dah tak berani carikan pembantu rumah.

Aku slow-slow jalan menuju ke arah isteri aku yang masih mencuci pinggan mangkuk. Aku berdiri betul-betul di sebelah kiri dia. Tangan kanan aku, aku letakkan di pinggul kanan dia. Romantic tau hug dari belakang.

"Sayang dah makan?" Aku buat suara lembut.

Dia diam. Masih marah pasal hal semalam mungkin. Isteri mana tak terasa bila suami tak layan dan terlupa nak ambil dia di shopping mall? Bukan salah suami yang dok sibuk main dota sebenarnya. Well, wife aku ni kuat merajuk tahu? Tapi aku suka. Boleh memeriahkan rumah tangga.

"Marah kat abang ekkk?" Aku cuba pujuk. Aku memang tak pandai pujuk.

Dia still diam.

Aku rapatkan muka aku ke pipi dia, then kiss.

Dia lap guna belakang lengan dia.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Dia lap.

Aku kiss.

Then dia tolak aku sambil berkata "Jangan la kacau. Orang nak basuh pinggan niii". Akhirnya dia bersuara. Muka maintain garang. Garang-garang pun comel.

"Tak boleh kiss ke?"

Dia diam.

"Awakkk" Aku buat suara mendayu.

"Apa awak-awak? Pi main jauh-jauh" Dia avoid keadaan.

Tetiba pintu rumah terbuka dan anak kedua aku nampak dari kejauhan.

"Assalamualaikum Ibu, Daddy."

Salam di jawab.

"Daddy tak habis-habis kacau Ibu lagi ke?"

Aku hanya tersengih-segih. Begitu juga dengan anak keduaku.


*************

Rasa macam nak kahwin kan?


Sebenarnya, rumah tangga yang kaya dengan pujuk memujuk ni kebiasaannya berkekalan. Tak boleh lah nak serious memanjang. Kalau dah isteri serious dan garang, si suami kena pandai-pandai lah jadi agent pe-neutral-an kan? Kalau si suami garang macam Hitler, si perempuan mesti ayu dan lemah lembut. Selembut-lembut si isteri, sure boleh control suami yang panas baran. Tu la pasangan yang paling ideal.

Aku tengok ramai je perempuan dan lelaki bercakap-cakap pasal nak kahwin. Aku lagi lah dok cakap bab nak kahwin kan. Tapi, cuba korang fikirkan betul-betul. Korang dah ready ke nak kahwin? Korang dah bersedia ke nak melahirkan anak? Korang bukak YouTube dan search macam mana video baby tengah di lahirkan. Sakit weh.

Dan korang fikir lagi. Korang yang girls ni sanggup ke bersama suami andai kata suami di uji dengan kekurangan harta dan tak ada pekerjaan? Lelaki pula, sanggup ke di uji dengan ujian si isteri yang berubah bentuk selepas melahirkan anak? Aku takut jugak sebenarnya kalau future aku tak seperti yang aku harapkan. Boleh ke aku sara anak bini aku. Boleh ke rumah tangga aku bahagia tanpa orang ke tiga?

As for me, hidup dan perkahwinan memang susah dan adventure gila. Kadang-kadang kita akan rasa scary je. Tapi mengharungi kepayahan hidup dengan gadis or jejaka yang kita sayang, memang berbaloi.

Kepada pasangan di luar sana, cepat-cepat lah kahwin. Memang rugi lah kalau korang dah cukup duit tapi tak nak kahwin lagi. Lagi pun, tahukah anda berapa ramai pasangan di luar sana yang bertungkus lumus nak cari duit semata-mata nak kahwin?

Tak perlu lebih-lebih bila nak kahwin. Masa nak kahwin tu, tak payah nak buat majlis gempak-gempak. Ingat, invest in marriage. Not weding.

Dan bagi yang masih single dan yang belum boleh kahwin, aku kasi korang doa supaya cepat sampai jodoh. Bila cepat sampai jodoh maksudnya cepatlah korang ada duit untuk kahwin.



Aku tak pasti dengan 120 kebaikan. Apapun, doa ni untuk aku juga.



No comments:

Post a Comment