Tuesday, 10 January 2012

Shy-Shy Cat Love Story #1

Assalamualaikum


"Aku terima nikahnya Hanis Zalikha Bt Nordin dengan mas kahwinnya RM 88. Cash.”

Sah

Sah

Sah.

Sahh.

Alhamdulillah.

Aku tersenyum, dengan tiga kali lafaz, aku berjaya jadikan si dia halal bagi aku.

"Perh kau. Tadi gila ah berlagak. Konon setakat lafaz nikah lah, apa lah. Sekali bila nak lafaz, tergagap-gagap kau." Seorang kawan yang aku dah lupa nama tegur sambil tergelak-gelak. Aku memang mudah terlupa nama orang. Nak-nak kalau orang tu adalah lelaki. Dah la lelaki. Tak handsome pula tu.

"Biasa la bro, benda berbaloi mesti lah susah nak diluahkan dengan kata-kata" Jawab aku dengan tenang. Ayat cover tanpa doubt. Dan di point itu juga, aku ternampak isteri aku yang tengah berdiri sambil bersalam-salam dengan mak-mak orang serta makcik-makcik yang entah datang dari mana. Dan secara tak langsung, aku baru perasan yang kebanyakkan orang yang ada dalam rumah tu mesti perempuan yang bertaraf ibu-ibu. Yang lelaki semua tengah sedap makan di luar. Well, kalau aku sekali pun, aku memang dah ada kat luar dah sekarang ni. Buat apa la sibuk-sibuk nak tengok pengantin. Baik makan kat luar rumah, boleh la jugak kenyang. 

"Awakk, kita dah kahwin." Aku kenyit mata sambil tersengih melihat isteri ku. "Eeeeeee. Gedik" Dia buat muka sambil berlalu pergi. Kawan-kawan dia just gelak-gelak je. Mengada-ngada. Suka cakap la suka.


 *****************
 
Aku pergi ke ruang tamu. Hanya memakai boxer. Saja nak goda isteri aku. Isteri mana tak tergoda tengok suami pakai boxer ye tak? Tak caya, cer try suruh ayah korang pakai boxer. Tengok apa jadi.

Then bila sampai kat ruang tamu, nampak la isteriku tengah rajin melipat pakaian yang kering yang baru di ambil dari jemuran sambil menonton TV. Kat TV tengah siarkan cerita Hagemaru. Aku tak faham lah dengan perempuan zaman sekarang. Dalam banyak-banyak cerita indon yang meleret-leret, cerita kartun Hagemaru jugak yang jadi pilihan.

Tapi dia diam je. Khusyuk gila dok melipat baju dan seluar. Ah, ni tak boleh jadi ni. Masakan dia boleh sibuk melipat baju dari melayan aku?

Tetiba, bila keluar je iklan Milo di kaca TV, terus aku dapat idea.

"Awak"

"Hmm"

"Tengok iklan milo tu."

"Kenapa dengan iklan tu?"

"Nampak macam sedap kan milo tu?"

"Hmm"

"Bestnye lah kalau dapat minum air milo kan?

Tak ada respond.

"Bestnyeeeeeeeeeeeeee lah kalau dapat minum milo tu kannnnn?" aku ulang lagi sambil meninggi kan suara.

Bini aku dah jeling kat aku. Perh, mengancam weh jelingan dia. Dia berhenti melipat baju sambil bangun "Pantang betul ye tengok orang senang" Katanya lagi sambil berlalu ke dapur.

Aku tersenyum. Alahai. Bestnya ada wife memahami. Air milo yang berasap datang bersama sepiring biskut dan keropok lekor. Wife aku duduk sebelah aku sambil tonton TV. Kalau nak diikutkan, nak je aku suruh dia cicahkan biskut tu dan suapkan ke dalam mulut aku. Tapi, milo tu masih panas. Takut juga kena simbah.

"Awak" aku memecahkan suasana sunyi.

"Apa"

"Duduk la sini"

Dia pandang aku.

"Sini. Sini. Meh." sambil aku tepuk-tepuk peha aku yang tak diliputi boxer.

"Eeeeeeeeeeee. Tak nak laa"

Aku tahu dia nak. Siapa tak nak kan duduk atas peha aku yang gebu ni. Tapi dia malu-malu. Iye lah, baru 3 hari kahwin kan. Aku melompat pergi ke sofa yang dia duduk. Aku duduk rapat dan peluk dia guna tangan kiri. Muka dia merah. Tapi dia tak tolak. Lama kelamaan dia senyum sambil sandarkan kepala ke bahu aku.

Ahh, bestnya kahwin.

Aku terus capai iPhone aku. Buka Twitter

"Bestnya kahwin. Rasa macam nak kahwin lagi la. Hihi"

Send.

Kurang dari satu minit, banyak gila mention dan feed back yang aku dapat. Satu-satu aku baca tweet reply tu. Ada lelaki yang gelak dan ada perempuan yang melahirkan perasaan geram kat aku. Dan tak kurang juga ada yang offer jadi isteri kedua. Aku hanya gelak sambil memeluk isteri aku.

Tiba-tiba iPhone isteri aku berbunyi. Dia pandang ke handphone dia and then terus jeling kat aku. Oh shit shit shit. Ni mesti ada orang CC kan tweet aku kat dia. Dan, itu lah saat pertama aku merasa Cubitan Sipi-Sipi 360 darjah dari dia. Sejak dari hari tu, aku dah tak berani nak tweet bukan-bukan di twitter.

Selepas puas menonton Hagemaru sambil cuddle bersama yang tersayang, aku dan dia pergi masuk ke bilik.

Selepas beberapa minit, ada bunyi jeritan. Mungkin, dieorang sedang bermain permainan yang lelaki dan perempuan ajnabi tak boleh main. Ya, main Snap. Snap!



No comments:

Post a Comment