Assalamualaikum
Hellow bakal penghuni kubur sekalian. Yaw yaw what's up?
Hari ni, korang apa citer? Sihat? Macam mana dengan pemakanan korang? Makan benda-benda yang berkhasiat je? Aku pernah dengar cerita, seorang lelaki dari muda dia hanya makan makanan yang baik untuk kesihatan. Tapi bila dia dah tua, dia mati di langgar bas. Ouch.
Pastu, bila seseorang tu dah mati dan menuju ke alam gelap, mesti anda semua pun akan rasa terketar-ketar. Akan rasa takut. Akan rasa meremang je bulu roma bila tengok si mati di depan mata. Nak-nak kalau si mati tu kawan baik korang. BFF pulak tu. And then, korang pun bersedekah la fatihah lah agar kawan korang itu mendapat keberkatan. Dan pada masa yang sama, berharap bila korang mati, akan ada orang sedekahkan fatihah untuk korang.
But, here is the question:
"Sampai ke doa-doa serta al-Fatihah yang korang bacakan untuk kawan korang yang dah mati tu?"
Seperti yang korang, korang, korang dan korang pernah dengar sebelum ini:
"Bila seseorang itu mati, semua amalannya akan terputus kecuali tiga perkara which is Sedekah Jariah (Wakaf etc), Ilmu (Yang berguna) dan Doa Anak Yang Soleh."
So adakah anda adalah anak kepada kawan baik anda? Tak kan? dah tu kalau anda berdoa untuk kawan anda yang dah mati, adakah doa itu sampai kepada dia?
Begitu juga dengan majlis tahlil kepada si mati. Apa hukum kita membuat majlis tahlil dan sebagainya? Dan ingatkah korang ada satu kes di mana Ja'far bin Abi Talib terbunuh dan mati syahid and then Rasulullah menyuruh jiran-jiran tetanga untuk menyediakan makan-makan untuk ahli keluarga si mati sebagai tanda mengurangkan beban. Well, itu adalah sunat. Tapi macam mana pula kalau kita (ahli keluarga si mati) yang membuat tahlil?
Begitu juga dengan 'kewajipan' membuat majlis tahlil malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100. Kalau korang pergi ke kampung-kampung, pada setiap malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100, kalau tak buat majlis tahlil untuk si mati, sure akan di pandang slack. Tapi betul ke tradisi ni dalam Islam?
So, again, aku ingin bertanya kepada anda semua yang mungkin ada ilmu dan pernah dengar kes serta isu macam ni.
- Adakah doa dan al-Fatihah dari orang sekeliling akan sampai kepada si mati?
- Apakah hukum membuat majlis tahlil beramai-ramai di rumah si mati selepas isyak?
- Apa kah kewajipan dalam membuat majlis tahlil dalam malam-malam tertentu yang mengikut tradisi Malaysian?
Anyone?
No comments:
Post a Comment