Friday, 29 April 2011

(Max 247) 24:7 Boy Band Kpop Malaysia Yang Pertama? Urh.

Assalamualaikum


Well, ini adalah entri segera. Aku cuma nak bagi tahu masa aku lepak-lepak di dunia internet menggunakan Baby S aku, aku jumpa tau satu gambar yang amat... menarik.

Well, kita semua tahu yang ramai gadis-gadis Malaysia yang minat kat jejaka Korean. Semua gadis-gadis Malaysia bajet kononnya jejaka Korea tu semua handsome dan romantik. Bagi dieorang, tak ada lelaki Melayu seromantik jejaka Korea. Heh, please.

Tu belum kira lagi bab lelaki-lelaki Korea yang menanggotai band-band yang semuanya terdiri daripada lelaki yang bajet nak tunjuk dada tak berbulu dieorang. Dan, once gadis-gadis Malaysia nampak je band-band jejaka tujuk dada tak berbulu ni, mereka akan terus terpikat. Muka ahli band tersebut cepat-cepat di paparkan di profile Facebook. Status Facebook pula dok sebut "OPPA OPPA". Sambil tu bagi gadis-gadis yang ada internet, mesti dieorang pakat download poster-poster jejaka korean topless di internet. HAHA.

Ya, semuanya jadi gila kat lagu-lagu korean bersama band-band Kpop. Entah apa yang best sangat dengan lagu korea pun tak tahu lah aku. Apa? Lagu dieorang sedap? Apa yang sedapnya? KORANG BUKAN FAHAM PUN DIEORANG CAKAP APA. Cakap je ah korang semua suka tengok dada dieorang. HAHA.

Dan, memandangkan terlampau ramai gadis-gadis di Malaysia yang terpikat dengan jejaka Korean, aku dapati yang ramai jejaka Malaysia dah macam kekurangan kasih sayang. Bagi membendung dan menghalang gadis-gadis ini di angkut ke korea, beberapa orang anak jati Malaysia mula memulakan langkah menyelamat. Dengan itu, wujudlah Band 'K'-Pop Malaysia yang pertama yang bernama 24:7 (Now dikenali sebagai Band Max 247). Ya, mereka semua adalah boyband dari MALAYSIA. Sila jangan muntah.

Yang tengah tu seksi doe. Mesti ramai lelaki terpikat.

Now aku faham kenapa ramai gadis-gadis Malaysia sukakan jejaka Korean.

Girls! Look at them. Look at them. Anda pasti terpikat kan? KAN?
So kawaiiiii! HAHA

Agak-agak korang, nama ahli-ahli band ni apa ya? Mamat? Abu? Ali? HAHA. Oh God, Melapetaka apakah ini semua.



No comments:

Post a Comment