Tuesday, 24 May 2011

Betul Ke Kita Akan Berjaya Kalau Buat Apa Yang Kita Minat? It's All About Tawakkal.

Assalamualaikum


Happy day guys.

Aku now rasa macam tak ada mood nak tulis blog. Lebih-lebih lagi bila dah siapkan entri untuk blog filem aku ni. Aku sekarang ni agak bosan. Bila aku rasa bosan, aku rasa macam nak random talk.

Well, sejak beberapa hari lepas aku rasa macam ada banyak je masalah. Apa yang aku tahu, hampir setiap hari aku tanya "Apa yang akan aku jadi dalam 5 tahun akan datang?". Dan soalan ni kadang-kadang buat aku bosan. Bosan dengan hidup dan bosan dengan diri sendiri.

Then bila bosan tahap rasa tak tenang je, aku teringatkan clip video motivasi yang abang aku bagi kat aku. So memandangkan aku tak tahu apa nak buat, aku tengok lah clip video ceramah motivasi yang di berikan oleh Dr Asri.  Dan first video yang aku tengok adalah pasal tawakkal. Dan selepas aku tengok video tu, entah kenapa aku teringatkan pasal tempat aku praktikal dulu.

Masa aku praktikal di kilang minyak + pelekat dulu, aku mula perasan something. Aku perasan someting bila aku tengok sekeliling. Aku tengok bagaimana pekerja-pekerja lepasan degree yang bekerja berhempas pulas bangun awal-awal pagi, kerja hampir non stop dalam keadaan yang panas bersama stress dengan orang atasan then balik kerja pukul 5.30 petang. Yeah, lebih 8 jam bekerja bangun pukul 6 pagi, balik pukul 5.30 petang. Dan kadang-kadang overtime sampai pukul 10 malam. Balik rumah then tidur. Esok pagi pula ulang balik rutin yang sama.


Bayangkan anda buat macam tu 6 hari seminggu untuk 10 tahun (atau lebih) dalam hidup anda. Well, masa aku perasan benda ni. Aku perasan yang "Ini bukan apa yang aku nak. Aku tak nak kerja macam tu. Aku tak nak hidup macam tu". Tapi aku sukakan duit (siapa tak suka). So, apa yang boleh aku buat? Nothing selain berfikir.

So, bila aku dah perasan benda ni. Aku terus berfikir. Ya, aku nak buat apa yang aku minat. Aku tak nak jadi zombie yang kerja macam tak ada life. Apa guna hidup kalau buat benda yang kita tak minat dan kita tak suka? Dan apa benda yang aku minat? Blog. Nampaknya, aku kena admit yang aku amat sukakan blog. I hate popularity but I do love blog. Aku suka menulis dan sedar-sedar, aku dah ada 10000 followers. Aku tak kejar followers, tapi aku just buat apa yang aku minat which is menulis dan entah macam mana, ramai yang suka (Of course ada yang tak suka). Well, mungkin betul apa yang dikata dalam movie 3 Idiots. Kita buat apa yang kita minat, dan kejayaan akan kejar kita dari belakang.
 
Yes, duit boleh buat aku bahagia. Well, adakah salah bila aku kata duit boleh buat aku happy? No. Sebab lain orang, lain benda yang dia suka. And again, masa aku praktikal, ada seorang budak lelaki. Badan agak tough. Dia baru je habis SPM. So aku tanya dia, apa course yang dia nak sambung nanti. Dan dia cakap, dia nak ambil course perguruan untuk jadi guru tadika. Dan aku pun macam... WHAT? Tadika? Guru Tadika?

Tapi bila di fikir-fikirkan balik, apa salahnya? Kalau dah jadi guru tadika boleh buat dia happy, tak ada masalah. Ingat jadi guru tadika tu tak kaya ke? Tengok lah tadika yang kat bandar yang private punya. Gila ah mahal. Tapi dia bukan kerja duit. Dia cuma kejar apa yang dia minat. As for me. Aku suka blog. Eh bukan. Aku tak suka blog. Aku suka menulis. Dan aku menulis di blog.

Persoalannya, boleh ke kita hidup berjaya hanya buat apa yang kita minat?

Well, soalan di atas telah di jawab bila aku tengok video Dr Asri. Korang boleh tengok video tu kat bawah.


Tak ada siapa boleh menjangka apa yang akan berlaku pada esok hari dengan tepat. Cuba korang fikir balik. Berapa kali korang rasa yang korang ada masalah yang amat besar dan korang kata "I am a dead meat". Tapi akhirnya, masalah tu settle dengan mudah. Pernah tak korang terfikir yang korang tak akan keluar dari masalah yang sedang korang alami. Tapi sedar-sedar, korang dah jauh tinggalkan masalah tu dengan cara yang amat korang tak sangka.

Kalau di fikir-fikirkan balik rasanya dah beratus kali aku dah cakap "Oh God, ni la ujian paling berat yang Kau pernah bagi" Tapi dengan tiba-tiba je masalah tu settle. Dan bila masalah tu settle, aku terus lupa yang aku pernah cakap macam tu.

Why? Sebab Allah is always with you.



So yeah, bila korang dalam masalah, benda yang korang kena buat adalah berusaha sekuat mungkin. Then, tawakkal. Tawakkal adalah benda yang amat ajaib. Once korang dah cecah satu point dalam tawakkal, korang akan rasa happy dan tenang gila sebab korang automatiknya tahu semua masalah korang akan settle dan apa yang korang nak, korang akan dapat. So yeah, teruskan berusaha, survive this hell dan bertawakkal.

Dan, kalau ada orang kata korang tak boleh berjaya, korang hanya perlu ignore dia sebab bukan dia yang bagi rezeki. Tapi most of the time, itu lah yang kita nampak. Kita mudah down bila ada mangkuk datang dan kata "Mengarut ah. Kau sure tak akan boleh berjaya kalau buat macam ni". Actually, I hate mangkuk spesis macam ni. Dia bukannya nak bagi galakkan, tapi nak buat down adalah. Dan, kalau korang perasan, usahawan yang berjaya pada asalnya, semua orang tak setuju dengan apa yang dia buat. Dia buat tu, orang kata dia tak akan berjaya. Dia buat ni, orang kata dia akan gagal. So, kalau ada orang yang macam ni yang halang korang untuk berjaya, korang hanya pergi pergi dekat dia dan cakap "Shut up, bitch. F U".

As for me, aku tak tahu apa yang aku akan jadi beberapa tahu akan datang. Aku tak tahu samaada aku boleh habiskan study atau pun tak. Aku tak tahu apa aku akan kerja. Aku tak tahu macam mana aku akan hidup. Aku tak tahu berapa banyak wife aku ada. Tapi aku amat-amat positif yang aku akan berjaya dalam hidup aku. Well, setiap orang akan berjaya dalam hidup dia. It is all just the matter of time.

So, good luck with your life guys.



No comments:

Post a Comment