Monday, 30 May 2011

Blogger : Sebelum vs Selepas Menjadi Famous dan Popular.

Assalamualaikum


Hellow humanity.

Kalau korang perasan, sejak tahun lepas bilangan blogger-blogger baru banyak gila kan. Dan yang bestnya, even banyak blog-blog yang wujud, ada juga lah segelintir blog yang memang best untuk di baca. Even tak banyak tapi still ada blog yang kalau baca je, mesti angguk-angguk tanda setuju. Dan bagi blog-blog baru ni,  tak mustahil diaorang akan jadi famous selepas beberapa bulan.

Dan once seseorang blogger tu berubah dari blogger amateur kepada blogger 'professional' yang aktif berbelog, surely diaorang akan berubah dari segi penulisan, penyampaian dan feedback. Well, itu lah topik yang aku akan tulis di entry kali ni which is beza bila seseorang blogger tu berubah dari biasa-biasa kepada famous.


Perh, hari ni tambah 50 followers je?
Kalau korang ingat, masa mula-mula korang buat blog dulu, then selepas seminggu ada 10 orang followers sure korang excited gila kan. Tapi sekarang, bila ada 20 followers baru setiap hari pun rasa macam tak kisah je. Iyelah bila agak lama berblog, followers pun dah ramai rasa macam 50 followers baru tu kecik je. Uh, tak bersyukur langsung. *Terasa*

Well, kalau di fikir-fikikan balik, followers tu sebenarnya penting juga. Sebab bila diaorang follow blog korang dengan tujuan nak follow up on your latest post maka secara tak langsung korang akan ada regular readers. Dengan kata lain, asal korang update je blog, confirm-confirm akan ada yang baca. Tapi kalau yang dah follow sebab kena paksa tu, baik tak payah.


Malas / Tak ada idea nak comment dan reply comment.


Ini adalah masalah yang most of blogger yang banyak orang comment hadapi. Masa mula-mula buat blog, excited gila bila ada orang comment. Kalau dulu ada comment lebih dari 5 pun excited habis. Tapi bila blog dah ada beribu followers, bilangan komen pun mungkin lebih dari 30 in average. But then bila dah cecah lebih dari 30, sure tak akan puas. Sure nak orang lagi banyak comment.

First, masalah yang selalu di hadapi oleh blogger adalah Blogspot tak ada function direct reply seperti Wordpress which means agak susah nak reply setiap comment. Bila nak reply, kena scroll satu-satu then comment. Masalah kedua adalah too much comments yang sama dan simple. Maksud aku, kalau aku dapat comment yang terlampau simple, aku tak tahu nak reply apa. Dan bila dapat comment macam ni, sure akan terasa serba salah. Perlu ke aku reply "Oh, okay" atau "Thank you" kat semua orang? Apa pun, thanks sebab sudi comment di blog aku even aku jarang reply semua komen. Dan yang penting, aku suka bila orang comment blog. Itu maksudnya pembaca teruja dengan apa yang aku tulis lalu comment. Even aku tak reply comment, aku baca setiap comment korang di blog aku. Baca setiap comment tu penting. Kadang-kadang di situ lah akan datang idea untuk berblog.

Apa yang aku perasan, biasanya bilangan comment adalah 5%-9% dari jumlah followers sesebuah blog. 


Hate anonymous. Love anonymous.


Masa tak famous, bila ada je anonymous jahat datang kacau, terus gelabah sambil nangis-nangis nak private or delete blog. Tapi bila dah famous, ada influence, banyak followers dan terkenal; bila ada anonymous yang buat kacau je, terus serang balas. Tak nak kalah, nak gak kenakan balik anonymous tu dengan buat entry khas untuk serang balas point yang di keluarkan oleh anonymous.

Then kalau malas nak layan anonymous, just delete comment dia dan buat tak tahu. Sure tak ada masalah. Tapi puas hati beb kalau boleh kenakan balik anonymous yang buat onar di blog. Lagi puas hati kalau boleh kenakan anonymous yang buat kacau di blog. Rasa puas je.


What the fuuu is blog walking?


Masa mula-mula cipta blog, kalau dah siap satu blog post tu, terus copy link dan buat blog walking. Jumpa je blog yang ada banyak followers, terus cari chat box. Tak ada chatbox, terus blah. Then bila jumpa chat box, terus comment

"Nice entry, baca entry saya ya [Link]". 

Then selepas tu, lepak kat blog lain sambil buat benda sama.

Well, ini adalah perkara normal. Masa mula-mula aku buat blog ni dulu, aku pun macam tu la jugak. Tapi tak ada lah sampai pergi ke blog orang semata-mata nak post link kita kat chatbox dan tak tengok langsung entry dia. Well, kadang-kadang kita kena iklas dan jangan menipu. Kadang-kadang, bila kita jujur tu la orang akan tertarik. Contohnya, kalau kat comment section blog korang adalah orang post

"Weh baca blog aku [Link]"
Korang akan tertarik tak? No way. Nampak sangat dia komen semata-mata nak promote blog dia. Dan kan best kalau dia tulis

"Weh, aku ada buat entry reply / sama dengan entry kau ni. Cer try tengok [Link]"

Sure menarik kan? Even kalau pembaca lain yang baca pun sure akan nak check out your blog kan? Tapi jangan la menipu. Korang claim korang ada buat entry reply. Tapi tengok-tengok semua entry korang tu merapu sure la orang akan banned blog korang. Kan? See, jujur tu penting.


Apasal earning hari ni RM30 ringgit je?
Blogger masa mula-mula dulu, tahu Nuffnang je. Nak apply Innity memang macam tak ah. Then bila dah install iklan Nuffnang, sure happy gila sampai setiap hari bukak Nuffnang nak tengok earning. Then selepas dua minggu, ada RM1.00 dan excited habis. Tapi then bila dah makin popular, view setiap hari dah lebih 10 ribu, Nuffnang tu awal-awal korang kirim salam bye-bye. Terus pergi ke Innity. Well, Nuffnang not bad sebenarnya. Earning pun banyak. Tu belum kira dengan bonusnya. Tapi, Nuffnang hanya untung kepada blogger yang dah dapat Buffered Earning. Once korang dah dapat BE, memang mudah ah nak dapatkan hasil yang tinggi. Tapi kalau dah tak ada BE, nangis ah. As for Innity, once korang dah diterima oleh Innty, confirm-confirm korang dah dapat 'Buffered Earning'.

Well, benda ni terjadi kat kita semua. Masa dulu-dulu, satu benda yang kecil amat meng-happy-kan kita. Tapi bila ianya dah jadi satu kebiasaan, kita mula merungut.


Actually, hampir semua yang aku tulis di atas adalah berkaitan dengan aku. Aku kalau nak blog walking tu macam malas gila. Maksud aku, spending dua jam hanya untuk baca blog orang tu adalah mustahil. Tapi kalau online facebook then nampak ada orang like blog link yang best-best, memang aku baca lah juga. Dan most of the time, aku hanya baca dan like sekali sekala. Nak comment tu cam jarang yang amat. HAHA. Sebab tu la kadang-kadang aku respect gak dengan Cik Epal. Walau pun dengar cerita ramai haters, tapi dia rajin je blog walking, baca dan comment blog orang.

Seriously lah kan, kadang-kadang rasa macam aku ni tak bersyukur je. Dapat earning rendah aku complain sedangkan orang lain siap tak dapat earning pun. Macam orang kata, bersyukur tu kadang-kadang lagi susah dari bersabar.



No comments:

Post a Comment