Friday, 13 May 2011

Review Filem / Movie - Kongsi : Lu Langsi Lu Mati.

Assalamualaikum


Hello babies.

Masa aku tulis entry ni, aku baru balik dari tengok wayang. Dua wayang in a row. Ingat nak main bowling. Tapi sayangnya tangan member aku sakit. Penyudahnya, tak main bowling ah.

Masa aku sampai kat East Coast Mall tadi dalam pukul 9 tau. Aku pergi la ke kaunter tiket untuk beli tiket. Expectation - Banyak movie + Banyak Hall = Tiket tak akan sold out. Tapi resultnya, semua fullllllll. Semua full kecuali movie Priest 3D. Filem Melayu yang rasanya most anticipation ever. Why? Sebab 3 halls FULL. Aku pergi beli tiket pukul 9++. Screening pukul 12.50 Am. Hampir pukul 1 pagi. Both hall full. Dan bila hall ke 3 di buka pun hampir full. Expectation tinggi untuk movie ni kan? Mungkin sebab Shaheizy Sam yang berlakon.

Well, korang patut tengok movie ni kalau..
  1. Korang peminat Shaheizy Sam.
  2. Korang suka tengok cerita ringan-ringan. (Bukan aksi ringan-ringan)
  3. Korang suka tengok cerita gila-gila.
  4. Korang suka tengok movie yang TERGANTUNG.
  5. Korang suka tengok movie yang sekejap gila- Hanya sekitar 1 jam lebih.


So, here is my story. Aku aim nak tengok movie Kongsi first tayangan. Tapi sayangnya, semua tiket filem Kongsi dah full. Semua dah sold out. Yang ada pun line depan sekali. Penyudahnya, aku pakat nak beli tiket bila counter release-kan reservation punya tiket pada pukul 12.20am. Memandangkan filem Kongsi tu akan disiarkan pada pukul 12.50 pagi, maka aku ingat nak tengok movie lain dulu. So, aku pick cerita Priest.


Movie Priest start pada pukul 10.50pm which is awal lah juga. Tetapi cerita dia sumpah bosan. Plot dia tak menarik. Bosan. Bosan. Bosan. Amat jauh kalau nak di bandingkan dengan movie Fast 5 (Fast and Furious 5). Aku boleh bagi 8.5/10 untuk Fast 5. Tapi untuk filem Priest, aku hanya boleh bagi 6/10. Tak ada aksi seperti yang aku harapkan. Diaorang bergaduh pun tak thrill. Cerita pun tak habis.

So, bila aku agak kecewa dengan filem Priest ni, aku pun berharap lah movie Kongsi : Lu Langsi Lu Mati tu menarik. So, bila habis je citer Priest, aku laju-laju pergi counter untuk beli uncollected reservation tickets. Tapi agak teruja bila di bagi tahu yang new hall di buka untuk filen Kongsi : Lu Langsi Lu Mati. Which is bermaksud 3 panggung di buka samata-mata untuk satu filem. Pada satu-satu masa pulak tu. Woah. Menarik. Semua berebut nak tonton kan.

Tapi adakah ceritanya menarik? NOPE! Berbaloi? NOPE!

Let me tell you what you should know about this film.
Super Tergantung Sampai Mati
First, filem ni amat tergantung. Super duper tergantung. Tergantung macam "Eh, apa point dia buat macam tu? Kenapa dia nak bunuh orang tu? Mana dia dapat kereta yang dah modified tu? Kenapa orang tu pergi India? Kenapa dia pergi Jepun. Apasal Thailand? Kemana dieorang lari? Kenapa kaki boss dia sakit? Apa sebenarnya plot cerita tu?" Seriousnya, ianya tergantung gila. Ending dia? Ending dia? Ending dia langsung tak menarik. Aku kecewa habis. Aku tak tahu nak ceritakan macam mana ending dia. Yang aku tahu, ending dia Sam tak leh lari, so dia terjun jambatan then terlekat dalam selut. Then bila di tarik dan di angkat, dia tunjukkan duit beberapa ringgit untuk bribe polis. And then, habis. Oh my God. Cara aku cerita pun nampak menarik je. Tapi the fact is, ternganga kot aku tengok ending dia. Nak buat synopsis pun tak reti. Serious bodoh ending dia.

Bayangkan, bila keluar je credits dan lapu semua dibuka, aku laju je keluar dari panggung bila habis cerita Priest semata-mata nak beli tiket sebab expectation aku gila tinggi terhadap filem Kongsi. Movie Shaheizy Sam sebelum ni semua okay. So, aku expect yang ni pun dia akan okay juga la. Tapi sayangnya... sayangnya tak berbaloi langsung.

So, apa kelebihan filem ni?

Tak banyak benda yang excited dalam filem ni. Tapi yang bestnya, my girl ada berlakon. Yes, my baby Rafidah Hj Ibrahim ada berlakon tau. And korang tahu tak, dalam cerita tu bila suami Rafidah tu datang, dia sebut "Abangggggg~" Perh, cair beb. Bila je dia sebut abang tu, entah kenapa mulut aku terus tersebut "Ye, sayang?". Oh feel gila sampai terasa konon dia panggil aku. Oh cik adik Rafidah, bertuah awak dapat saye.

Aksi Kejar Mengejar Tipikal Filem Melayu
Oh oh. Aku lupa nak bagi tau apa yang aku tak suka tentang filen Kongsi ni. Antara Top 10 benda yang paling aku tak suka dengan filem ni dan film Malaysia adalah bab kereta. Yeah, bila ada bab lumba kereta atau aksi kejar mengejar, kenapa mesti ubah video tu jadi 'slow motion' yang tersekat-sekat? Konon nak buat-buat nampak kereta tu tengah pecut? Obvious gila nampak macam kereta tu bergerak slow tapi di lajukan video supaya kereta tu nampak tengah bergerak dengan laju. Gila annoying. Kalau korang tonton movie ni, korang akan perasan masa dia naik modified car yang kaler biru tu dan buat drift, korang akan nampak 'slowmotion' yang pelik. Ya serious nampak macam di buat-buat. Aksi drift tu akan lagi menarik kalau tak buat effect macam tu. Sebab bila edit jadi macam tu, nampak sangat pembuat filem tu nak tutup kelemahan filem tu. Tapi aksi lumba-lumba selepas tu nampak menarik. Carai dia drift kemudiannya nampak cool je. Nasib baik dah tak ada 'slowmotion' yang mengarut tu.


Then, the other things is about bab kereta-kereta polis. Dalam filem Kongsi ni, masa bab kejar mengejar, ada 3 kereta polis tau. Dua kereta Waja dan satu kereta Evo. Dan yang kelakarnya. Dua-dua kereta polis yang Waja tu ranap habis sebab main laggar-langgar untuk hentikan kereta yang dinaiki okey Shaheizy Sam. Sedangkan kereta Evo tu, calar sikit pun tak ada. HAHA. Aku dan kawan aku gila gelak. Memang save bajet ah. Kalau korang tengok pun korang gelak gila.

Dan kalau korang nak tahu, ada dalam babak Sam melompat dari bangunan menuju je bawah dan ianya nampak AMAT-AMAT kaku. Super duper kaku. Bukan dia je yang lompat nampak kaku. Awek yang seksi yang pakai baju putih ketat nampak bentuk bra tu pun lompat kaku gila. Obvious gila. Again, obvious weh. Bukan obvious kaku je, tapi obvious girl tu macam nak tunjuk asset dia. Pakai baju ketat dan bertali yang... ermm..  Oh God. Apa pun girls, kalau korang tengok, korang mungkin akan jealous kot dengan asset dia. Tapi tak tahu la kot-kot dia letak stoken + tissue dalam tu.


Rating
Kelakar = 6/10


Filem Kongsi ni memang kelakar. Ada ketikanya, aku tergelak dengan lawak dieorang. Dan ada ketikanya, aku rasa yang lawak tu tak kelakar langsung dan tak ada seorang pun gelak. Dan yang penting, tak ada satu pun babak yang membuatkan satu hall tu tergelak. Nampaknya filem ni tak mampu menambat hari ramai orang. Filem Adnan Sempit jauh lagi best dari filem ni. Even aku tengok filem Adnan Sempit kat Tv je.


Aksi = 5/10
Aksi dia terlampau obvious. Bila bergaduh, nampak sangat pihak lawan nak kalahkan diri. Bertumbuk tak real. (Aku rasa isu ni tak akan ada pada filem KL Gangster)

Plot dan jalan cerita = 4/10
Plot dia sucks. Pengenalan Hero tak memuaskan. Watak terlampau banyak dan tak ada fokus. Leader-leader berkumpul tapi tak tau apa penyudahnya. Boss-boss dalam cerita ni macam tak ada kaitan langsung dengan isu yang sedang berlangsung dalam movie. Seolah-oleh big boss dan kisah Shehaizy Sam tu adalah dua filem berbeza. Dan serious banyak sangat benda tergantung. Ending langsung tak puaskan hati.

Overall (Bla + bla + bla + bla) = 4/10.
Kami The Movie jauh lagi baik dari cerita ni. Pisau Cukur pun not bad. Ada kelainan. Filem Kongsi ni tak nampak lah kelainan dia. Bila tak ada kelaianan, nak buat sinopsis pun tak ada mood. Pulak tu, duration nya amatlah pendek. Di GSC dia tulis duration adalah 1jam 30 minit. Tapi tak rasa ianya 1 jam 30minit.

Well, patut ke korang tengok filem ni?
Yup. Aku kasi overall rating 4/10 based on semua faktor secara ringan-ringan. Tapi still korang patut tengok dan nilaikan sendiri. Aku tak suka cakap something tanpa buat benda tu. So, korang pun sama. Dengan itu, kalau korang plan nak tengok citer ni, go ahead. Not a prob.

Well, korang mungkin kata "Kita patut support filem nasional dan filem buatan Malaysia." tapi seriously, define 'support'. Yeah, I dont give a shit. Pengarah main buat filem cincai-cincai, then semua pakat tonton atas nama support? Peh-lis. Sampai bila-bila lah filem Malaysia tak maju-maju. Aku tak akan support filem Malaysia kalau ianya teruk.

Semua comments untuk entri ni dah hilang. Thanks go blogger.

No comments:

Post a Comment