Sunday, 19 June 2011

Kenangan Ber- Chatting di mIRC.

Assalamualaikum


Zaman aku muda-muda dulu. Aku tak tau sangat pasal internet. Tapi apa yang aku tahu, masa tu dah start phenomena ber-"chatting". Sana sini semua orang dok cakap pasal chatting. Dan isu "Chatting membawa ketagihan" telah berleluasa dengan jayanya. So setiap kali aku dengar pasal isu "chatting" aku pun terfikir, "Apa chatting tu sebenarnya? Bahaya sangat ke benda tu?". At the first place aku ingatkan chatting tu adalah suatu aktiviti outdoor seperti berjogging dan sebagainya. And then baru lah aku tau yang chatting ni adalah satu aktiviti yang membosankan. (Biasalah, sebelum kita minat, semua benda membosankan)

And then, masa aku form 1 or something like that, ayah aku start pasang internet di rumah aku. Masa tu dail up lagi. Setiap kali nak masuk internet tu akan ada bunyi macam "Teeeeeeek. Tenet. Tenet. Tenet. Tek. Tek. Tek, Tek. Tuuuuuuuuuut." Then baru lah connect. Kira bising gila ah setiap kali nak main internet tu.

Actually korang masih boleh dengar bunyi ni. Caranya, restart modem korang then dengar ikut ganggang telephone. Bunyi dia still sama tapi slow.


And then, antara benda pertama yang abang aku install adalah mIRC. Ya, mIRC adalah satu software yang famous gila yang di gunakan untuk bercatting. Dan kalau korang nak tahu, mIRC telah mencipta satu revolusi men-tackle awek yang lead kepada zaman sekarang. Stepnya? Mudah je. Dengan kata lain, sesiapa yang login ke mIRC pasti akan buat benda seperti di bawah.

  1. Belek-belek room best kat mIRC
  2. Jumpa room yang di penuhi dengan awek macam #Gadis (Padahal lelaki gatal je ramai dalam room tu)
  3. Usha awek yang ada nama-nama comel - BabyComel or SitiAyuYangComel or something like that
  4. Tegur - Start perbualan dengan "Male/21/KL/Horny" (Padahal umur baru belas-belas.)
  5. Mintak URL Friendster / Myspace. (Myspace serious kenangan. Teringat kat awek bernama Erina Erlianna)
  6. Mintak nombor phone rumah. (Dulu tak semua orang ada handphone)
  7. Next level.

So yeah, itu lah gaya orang-orang main mIRC dulu-dulu. Tapikan, masa first time aku nak chatting tu aku takut tau. Iye lah, aku mana biasa dengan perempuan. Aku jugak tak tau nak start perbualan macam mana. Sure akan jadi kekok habis. So, aku letakkan ibu jari dan jari telunjuk kat dagu sambil berfikir. Then aku dapat satu brilliant idea.

Apa idea aku? Ini ideanya.
  1. Aku register MIRC
  2. Menyamar jadi perempuan
  3. Berkenalan dengan perempuan
  4. Mengaku lesbian
  5. Mintak nombor phone
  6. Bila dah dpt phone, ngurat habis-habisan
  7. Then baru la bagi tahu yang aku ni lelaki.

See? Brilliant! Well, korang mungkin tertanya "Kenapa nak menyamar jadi perempuan dan lesbian bagai? Kenapa tak jadi lelaki je?" Err. Actually jawapannya adalah sebab aku dulu pelik sikit. Masa aku observe classmate perempuan aku, aku nampak perempuan mostly hanya bercakap dengan perempuan je. Then aku ingatkan kat internet pun macam tu juga. Thats why la aku menyamar jadi perempuan supaya diaorang bercakap dengan aku... Alaa, you girls macam ah korang tak pernah menyamar jadi lelaki sebab nak berkawan dengan lelaki.

Tolong arrr cakap korang pernah.


Then aku menyamarlah jadi perempuan. Tapi masalahnya, aku tak tau nak letak nama apa. Fikir-fikir then aku letak nama Siti. Bila aku letak nama Siti aku berharap ah akan ada perempuan tegur unruk berkawan. Tapi malangnya lelaki lak datang. Perempuan sorang pun tak der. Dan korang faham lah ayat lapuk lelaki yang macam "Haii nak berkenalan boleh?" Ewww. Kemudian aku tegur mana-mana perempuan, tapi.. tak ada sorang pun perempuan yang reply pun private chat aku. Tak guna.

Then bila dah give up, aku letak la nama aku sendiri which is Amilin. Well actually aku tak tau la pulak yang Amilin tu adalah nama yang macam perempuan sikit. (Sikit je okay) Bila dah nama macam perempuan. Lagi lah ramai lelaki private chat. Maklum lah, "Amilin" tu kan nama comel. Heyy don't play-play with my name okay. "Khairul Amilin." is a great name. Kalau korang dengar perkataan "Khairul" tu bunyinya amat ganas while Amilin bunyinya amat comel. Thus it makes it as the cutest name ever. Tu belum kira bila di gabungkan dalam satu ayat seperti "Khairul Amilin's Lisa Surihani.". Khairul Amilin + Lisa Surihani = Perfect. What? What? Yusry? Ew. Please. Don't.

Then aku nak start la kacau seorang dua awek. Kat dunia internet, senang je nak kenal awek-awek comel ni. Caranya dengan tengok nama dan tingkah laku dieorang. Kalau nama dia nampak comel jee then dia macam jual-jual mahal, haaa comel lah tu. Tapi kalau nama dia terlebih perasan macam "BabyComelPalingAyu" then kat Public Chat dia macam gatal biroh sangap tu memang obvious ah dia desperate nak dapat belaian lelaki. Perempuan lawa macam my Siti Saleha pun kalau dah desperate memang tak akan nampak lawa. Note that.

Well, aku dan dunia chatting kat mIRC ni tak ada lah lama mana. Nak kata hari-hari bukak pun tak. Kalau internet rosak tak dapat chatting pun tak der hal. Tapi kalau blog, perh. Sehari tak dapat online dan menulis, rasa macam gian je.


Apa pun, kalau aku dah kahwin dan ada anak, aku tak akan kasi anak aku main mIRC tu. Sebab kalau korang nak tahu, room yang macam #awek dan #gadis tu sebenarnya tak dernya ramai dengan perempuan. Then kat mIRC tu memang banyak gila ah orang horny. Room-room lucah pun banyak. Biasanya di penuhi dengan lelaki yang kesunyian je. Kalau ada perempuan pun, dioarang mungkin lelaki yang menyamar jadi perempuan. And aku boleh kata 99.9% dari mereka adalah lelaki gatal yang kesunyian. 99.9% je tau. Yang selebihnya baik. Ehem.

So, how many of you guys yang sempat merasa kegemilangan mIRC? Ada kenangan kena tipu? Nama PrinceCharming tapi bila add Friendster tengok macam PuteraKatak?



No comments:

Post a Comment