Wednesday, 1 June 2011

Rasanya... Isu "Blog Adinda : Kisah Apa Aku Tak Virgin" dah Out of Control.

Assalamualaikum


Hello so called virgin boys and girls.

Semalam, 30 Mei, aku ada terjumpa satu link dari facebook. Biasalah, bila bosan, rajin la juga lepak-lepak kat Facebook intai awek-awek comel. *Terjangkit dengan perangai Hariz*. Dan di Facebook awek tu aku terjumpa link dari blog seorang budak ni yang bertanjuk Blog Adinda: kesah ape aku bukan virgin.

So, aku copy link tu and letakkan kat Fan Page Facebook aku. Well aku bet semua antara korang dah baca link tersebut kan? Dia umur 14 tahun dan dia dan pernah buat seks. Dan dia saying it out loud tanpa rasa malu. Berzina termasuk dalam dosa besar beb.

Well, entah kenapa, tiba-tiba selepas tu, aku tengok time line facebook aku banyak dengan link blog awek tu. Dan itu bukan masalahnya. Masalahnya adalah bila dia di maki-maki secara kasar oleh blogger-blogger dan facebooker lain yang dah wujud. Sebenarnya, sejak tahun lepas, aku perasan yang bila kita nak betulkan kesilapan orang, memaki diaorang adalah satu cara yang salah. Amat-amat salah. Sebagai contoh, aku rasa girls yang pakai make up tebal-tebal tu huduh, so dengan lemah lembutnya, aku cakap ah yang pakai make up nipis-nipis tu lagi cun. Errr kan?


Well, about the link, korang mungkin akan kata aku membuka aib dia. Tapi setahu aku, membuka aib orang adalah bila kita bagi tahu orang benda memalukan yang tuannya tak nak orang lain tahu. This is the reality. Reality di Malaysia. Budak bawah umur dah ramai dah pernah buat seks. Tak ada isu nak aibkan orang di sini. Apa yang ada, aku tak nak korang hidup dengan khayalan yang "Remaja bawah umur masih bersih" sedangkan ianya tak. Ianya amat teruk.

Actually, perasaan malu tu amat penting bagi setiap orang. But for this girl... I don't know. Dan aku tak sure kalau dia ada perasaan tu. Umur 14 tahun dan dah pernah membuat seks. Agak-agak first time dia bila? Yeah, ianya amat unacceptable even dia umru 14 tahun. Kalau korang rasa tak kisah, apa kata korang bayangkan yang girl itu adalah anak korang?

Well, aku cuma nak korang semua tahu yang... bila korang ada anak perempuan nanti, kena la pantau dia elok-elok. Dengan siapa dia keluar, siapa pak we dia dan apa yang dia buat. Bukan anak perempuan je. Anak lelaki pun sama. Tapi utamakan anak perempuan sebab dia adalah makhluk yang lembik lemah. Pulak tu tengok-tengokkan lah cara dia berpakaian. Dan yang penting, jangan ajar dan didik anak anda seperti mana parents anda ajar dan didik anda. Sebab generasi dah berubah. Dunia dah berubah. Ya, aku dengar ni di Ikim.FM. Manusia berevolusi. Kalau zaman dulu, ayah rotan anak, anak makin patuh. Tapi zaman sekarang, ayah rotan anak, anak makin menjadi-jadi.



Apapun, sekarang ni, "Alaa standard lah tu lelaki dan perempuan pegang tangan evan kawan-kawan". Yes, sekarang ini yang berlaku dan semua tak kisah sebab dah jadi kebiasaan. Tapi, imagine masa korang dah ada anak perempuan nanti, ianya adalah zaman "Alaa standard lah tu budak umur 14 tahun dah tak ada dara sebab pernah buat seks dengan kawan-kawan. Normal la tu". Normal your head. It's not normal. It is sooooo wrong dude. Damn wrong. Dan aku tak nak anak aku lahir di zaman rosak akhlak macam tu. Jangan la anak aku lahir zaman seks antara kawan tu adalah satu kebiasaan.

Mungkin Daten Milano ni tak dapat didikan yang sempurna masa kecil. Tak pun, dia membesar dalam persekitaran yang amat sosial sebab tu lah dia boleh kenal boy beberapa hari then terus couple. Pulak tu, couple sebulan dua, dah clash. Then couple pula dengan lelaki lain. This is bad. Bad... Tapi still ada masa untuk dia bertaubat kan?

Apa pun, kalau boleh, kalau nak cakap apa-apa kat dia jangan la maki sangat nak-nak kat setiap blog post, facebook dan fan page dia. Tengok apa yang dia tulis di blog sudah la. Ambil iktibar dan blah. Kalau nak comment tu boleh je, tapi tapis la sikit. Actually, agak tergelak juga la aku baca komen-komen di setiap post di blog dia. Sarcastic betul orang Malaysia ni. Belajar dari blog siapa entah. HAHA.

Well, aku takut bila dia asyik kena kutuk, dia stress then bunuh diri rebel dan bukannya bertaubat. So, lebih baik kalau kita nasihat dia elok-elok. Kan? Tu pun kalau dia baca la apa yang orang tulis di blog dia.

Apa yang patut korang tahu, this girl buat satu kesalahan. Satu je. And... boom. Satu Malaysia bising.

May Allah bless her. May Allah bless us. May Allah bless our future generations.

No comments:

Post a Comment