Wednesday, 10 August 2011

Kenapa Lelaki Begitu. Kenapa Lelaki Begini.

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen.

First of all, kita bersua lagi setelah sekian lama. Ceh-ceh. Actually, it feels really good bila akhirnya aku ada laptop sendiri untuk menulis. Apa pun, harap-harap laptop ni tak di curi lagi.

Masih ingatkah anda semua tentang entry aku yang bertajuk "Why Lelaki Suka Suruh Girlfriend Dia Pakai Sopan Tapi Dia Pi Gatal Tackle Awek Seksi?" Di entry tersebut, perh, ramai beb awek-awek marahkan lelaki tu. Di entry tersebut, ada gadis yang maki lelaki tu lah. Ada yang memaki perempuan tu lah. Ada yang memaki dua-dua lah. Ada yang bukak cerita sendiri yang hampir sama lah. Dan yang off topic pun ada.

But heyy, kenapa korang nak salahkan lelaki? Kesian lelaki. Sikit-sikit lelaki. Sikit-sikit lelaki. Semuanya salah lelaki. Lelaki buat ni, salah. Lelaki buat tu, salah. Apa pun tak boley. Lagi pun, bukan salah lelaki kalau lelaki tu asyik erm... erm... errr... err... suka pandang gadis comel. Right? Right? Right? Pffff.

Dan, merujuk kepada soalan pertama entry tersebut.

Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
Soalan ni jarang gila aku dapat. Tapi sebelum aku menjawab soalan ni, aku ada satu kemusykilan lah. Lelaki tu pilih awek berambut karat berbanding girl yang berambut tak karat? Dan kenapa perempuan tu karatkan rambut dia? Apa dia ingat kalau dia buat rambut karat, dia boleh dapat muka macam my Hamis Jalikha? Eww peh-lis. Now way. My Hamis Jalikha kalau rambut karat sampai putih pun lawa okay. Sebab dia kacukan. Korang? Korang kacukan ke? Mana adaaa. Sebab tu la tak lawa.

Lagi pun, cer tengok my Lisa Surihani. Mana main kaler-kaler rambut ye tak? Kaler-kaler rambut tu dah ketinggalan zaman ah. Sekarang zaman dah maju. Dunia dah berubah. Zaman sekarang semua main rambut hitam.

So, berbalik kepada soalan, kenapa lelaki suka curang instead memberitahu yang dia dah fedup dengan si gadis? Actually, ye ke yang lelaki tu dah bosan dan fed up? Well, lelaki tu mungkin takut dan tamak.

Takut.
Certain lelaki amat takut untuk bagi tahu yang dia curang. Why? Sebab dia takut kot-kot dia dah buat pilihan yang silap apabila mula curang. Dengan kata lain, lelaki curang untuk 'Try and Error'. Dia curang (try). Bila rasa tak tak boleh bertahan (error), dia blah. Easy concept.

Tamak.
Bayangkan yang anda adalah seorang lelaki. Di hadapan anda ada dua orang awek. Sorang yang alim, yang baik, yang sopan santun. Dan sorang yang liar, seksi dan menggoda. So, korang nak pilih mana satu? Well, kalau boleh ngap dua-dua, kenapa nak buang satu? HAHA. That is why lah kenapa lelaki curang dan pasang dua.



How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam-macam lagi?
Sebenarnya, solat 5 waktu tak menjanjikan apa-apa (kalau solat tak sempurna bab kata comentator) Ustaz pun ada yang merogol, meliwat. Pelajar tahfiz pun ada yang melanjurkan diri. Cikgu agama pun ada yang molest. So what upp?

Korang kena ingat satu benda. Jari telunjuk adalah ilmu. Dan jari tengah adalah nafsu. Kalau korang tengok balik, jari tengah akan sentiasa lebih panjang dari jari telunjuk. Maksudnya, even korang belajar sampai ke tahap ustaz sekalipun, nafsu adalah sesuatu benda yang amat-amat bahaya. Sebab tu la aku cakap, solat atau tak, puasa atau tak, taat ibu bapa atau tak; ianya tidak menjanjikan apa-apa. Aku pernah tengok sendiri orang-orang yang pelik. Ada orang yang tak pernah solat, tetapi puasa tak pernah tinggal. Ada orang yang tak pernah tinggal solat tetapi hari-hari pergi club.


Sebab tu lah orang kata berkahwin itu umpama menyempurnakan agama. Supaya kita boleh fight all of those nafsu. Tapi nak buat macam mana. Nak kahwin je, mintak hantaran tinggi-tinggi. Pastu masak tak reti. Pastu tanggalkan stoken suami tak mahu. Macam mana nak kahwin? Then masa nak kahwin, make up pulak tebal nak mampus. OKAY FINE terubah topik.

Tapi seriously ah, aku rasa tak ada kot orang nak bernikah dengan perempuan rosak. Contohnya, Maria Ozawa la. Kalau korang di beri peluang untuk kahwin dengan sesiapa sahaja adakah korang akan pick Maria Ozawa? Or top Vietnam model; Elly Tran Ha? Okay fine Elly Tran Ha tu ada kot (Member aku nak. Eww). Tapi realitynya, tak ada kot.


Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

The issue nya sekarang ni, aku rasa lelaki tu terperangkap antara nafsu dan long term planning doe. Biasa lah, darah muda. Sekali awek hot tackle, sure cair. Dan bila dia tengok perempuan blond yang hot dan seksi tu, aku bet yang dia nampak adalah nafsu. Dan bila dia tengok awek dia (ex), apa yang dia nampak adalah 'future wife'. Dan bila dia fikir-fikir balik "Hmmm. Future wife ni lambat lagi kalau nak naughty-naughty pun. Tapi kalau awek blond ni, bila-bila masa boleh". Actually tak semua perempuan seksi dan tak tutup aurat tu adalah liar. Tapi dalam kes ni, siap dah check in hotel. So faham-faham la.

Actually kan, ada certain lelaki ni dia suka tau kalau ada lelaki lain pandang awek dia sambil cakap "Weh, seksi gila awek kau. Badan dia, perh". Then lelaki tu sure rasa bangga bila kawan-kawan dia bercakap pasal body awek dia. Ya, ewww. Aku tak faham kenapa ada certain lelaki boleh share-share cakap pasal part-part badan awek dia dengan lelaki lain. Dan rasanya tentu sekali dia tak nak jadikan awek dia tu sebagai wife dia. Lagi pun, no way lah korang (boys) nak lelaki lain usha dan fikir yang bukan-bukan pasal yang calon isteri korang kan? Dan yes, most of lelaki, dia akan cari gadis yang baik untuk di jadikan calon isteri. Yang liar dan entah apa-apa tu, hanya di jadikan stok dan bahan simpanan je.

 
Lagi pun, korang bayangkan ye, korang ada seorang awek yang baik gila. Nak ke korang rosakkan? Mesti korang nak jaga elok-elok kan? Konsepnya sama je. For example, korang ada kereta. Kereta korang lawa. Then superb. Korang beli mahal gila. Di sebabkan mahal, korang jaga la elok-elok kan? Sanggup ke korang kotorkan kereta tu? Sanggup ke korang drive guna kereta tu di kawasan berlubang-lubang sampai rosak? Mesti tak sanggup kan?So, instead dari merosakkan calon bakal isteri sendiri, baik rosakkan bakal bini orang lain ye tak? HAHA. See lelaki ni pandai sebenarnya. Ehem.

*********************

Well, dalam dunia ni ada bermacam kes pasal lovey dovey ni. Ada yang begitu, dan ada yang begini. Tapi, aku rasa dalam banyak-banyak tu, mesti ada yang nak menuju ke alam perkahwinan kan?
Well, kahwin ni seronok sebenarnya. Kadang-kadang gaduh manja. Kadang-kadang gurau-gurau kasar. Kadang-kadang suami yang merajuk. Kadang-kadang isteri yang pujuk. Berkahwin adalah sesuatu stage dimana kita dah di satu tahap yang berkeinginan untuk hidup dengan pasangan kita untuk satu jangka masa yang amat panjang. Contohnya, aku nak hidup dengan seorang gadis yang aku tak akan pernah rasa bosan untuk bersama. Ya, antara sebab aku berkahwin adalah sebab aku nak bersama dengan girl yang aku suka for the rest of my life. My whole life. Bangun pagi nampak muka si dia, terukir senyuman indah. Masuk tidur pun, nampak muka si dia dan senyuman indah itu tetap terukir. Tak akan pernah rasa bosan.
And... yeah. Saya tahu saya romantik. Sila jangan terpikat.


No comments:

Post a Comment