Wednesday, 18 January 2012

Sebab Kenapa Doa Korang Asyik Tak Di 'Layan' Tuhan.

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen. Whats up?

Bak kata orang ramai, senjata orang muslim adalah doa. Korang pun mesti banyak doa kan. Pagi petang siang malam, berdoa je kerja korang. Ada yang berdoa nak mintak dapat result terbaik. Ada yang berdoa supaya tak kena marah dengan boss dan ada yang berdoa supaya dapat duit beribu lemon. But why the heck in the Earth doa kita tak dimakbulkan?

Aku kasi lah korang contoh. You girls dari umur 16 tahun dok gatal nak kahwin. Nak kahwin pulak dengan anak raja. Tak dapat anak raja, anak Dato pun jadi lah. Tak dapat anak Dato pun, mana-mana lelaki pun jadi lah. Iye lah, nak demand sangat pun tak boleh. Maklum lah, lelaki berkualiti tinggal berapa kerat je ye tak? So, hari-hari korang dok berdoa supaya cepat sampai jodoh. Tapi sampai sekarang, korang dah umur 35 tahun pun still tak sampai-sampai jodoh. Nak kata tak pandai, belajar sampai PhD. Nak kata tak der duit, kerja gempak. Tapi entah kenapa, tak ada lelaki pun nak masuk meminang. Mengapa? Mengapa?!

Begitu jugalah dengan rezeki dan hajat lain korang. Korang nak sangat dapat pekerjaan yang korang apply. Korang punya resume, gempak-gempak gila ah. Siap ada hidden page lagi. Hantar pulak pakai kertas embossed. Tu belum kira ada taruk sikit bedak-bedak kasi wangi resume korang tu. Tapi, still, korang je yang tak dapat jawatan yang korang dok apply kat syarikat tu. Nak kata berdoa, setiap hari dah berdoa. Berusaha pun dah. So, mana silapnya?
Mungkin, some of us akan terfikir:
"Semakin nak kita kat sesuatu benda tu, semakin tinggi kemungkinan yang kita tak akan dapat." 

Jadi, mengapa? Mengapakah situasi sedemikian rupa berlaku terhadap kita? Mengapa?! *Ceh ceh.*

There is always a story about a person yang tak tahu pasal satu benda yang lain. Dan dalam case ini, adalah doa. Kebanyakkan di antara kita di ajar untuk berdoa di mulut. Umpama, "Hey you. Yes you. Kau nak tips dapatkan pekerjaan yang diidamkan? Nah, try baca doa ni selepas solat" And then, kita semua dok la baca setiap hari. Baca setiap hari sampaikan doa tu dah auto ingat dan melekat kat mulut. Dan bila ini berlaku, korang umpama berdoa tanpa korang sedar. Korang tak tahu pun korang berdoa pasal apa? Translation doa tu lagi lah korang tak ambil kisah. Yang korang tahu, korang tengah berdoa. Adakah ini betul?


Sebenarnya, tak ada masalah sebenarnya untuk terus mambaca doa dengan cara begitu. Tapi, lagi better kalau kita meant it kan? Sebab ramai je orang yang berdoa guna mulut dan bukannya berdoa pakai hati. Kat mulut, suara doa tu kuat je. Kalau boleh, macam nak ajak berperang. But, adakah itu necessary? And berapa ramai yang berdoa sedalam-dalam hati dan berdoa bersungguh-sungguh? 


Tips, bagi memakbulkan segala hajat.
Ada banyak sebenarnya cara untuk meminta kat Tuhan supaya hajat dimakbulkan. Or dengan kata lain, meminta supaya doa kita "didengari" Allah. For example

"Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.)

Try baca ayat di atas sebanyak-banyaknya bila korang ada hajat yang korang nak dapatkan. InsyaAllah, kalau korang tak dapat yang korang hajati tu, then korang akan dapat yang better.


Bagi mekbulkan permintaan rezeki.
Masa kat twitter, ada seorang awek ni, dia ajar aku zikir untuk dipermurahkan rezeki. Aku tak sure lah awek mana satu. Dia pernah bagi tahu aku yang zikir "Al-wajid" adalah zikir dipermurahkan rezeki. So, aku baca zikir tu selalu.


Solat Dhuha.
Solat Dhuha ni sumpah lama gila dah aku tak buat. Dulu-dulu semasa sekolah menengah selalu gak buat sebab Ustazah kat sekolah aku paksa satu kelas di waktu belajar dia untuk bersolat Dhuha. Dan korang tahu tak, kebanyakkan usahawan memang melakukan solat Dhuha sebab solat ni lah yang menarik rezeki kat kita. So, if you are looking for more and more fortune, then try this. And maybe, aku pun patut cuba.

Settle your problem.
Bagi menyelesaikan segala masalah yang korang alami dan mempermudahkan perjalanan hidup.

"La Illa Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin." (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.)


Ini adalah doa ketika Nabi Yunus berada dalam perut Ikan hari tu. Masa dia dapat tau dia ada dalam perut ikan, dia terus tenangkan diri dan baca doa ni. Dan seriously, aku memang amalkan doa ni. Amat-amat berguna bila korang dalam masalah. So, kalau korang dalam masalah yang amat-amat besar, korang just baca doa ni banyak-banyak. Banyak-banyak sampai korang tak ada masa nak cakap pasal benda lain. InsyaAllah, selepas korang stay dengan doa ni, pufff. Masalah tu selesai tanpa korang sedari. All you need hanya faith.

Boleh percaya ke ni? Aku dah buat banyak benda-benda di atas. Tapi apasal doa aku tak pernah termakbul pong?
Sebenarnyakan, aku boleh cakap yang most of us suka sangat melambatkan solat (Termasuk aku sendiri). Solat asyik nak lambat. Tapi bab mintak doa, laju je nak dimakbulkan. Korang tak malu ke? *Terasa*.


Dan kadang-kadang, kita tak perasan dengan benda yang penting dalam hidup kita which is, apa yang kita makan. Sedikit makanan haram masuk dalam mulut kita, 40 hari ah doa korang akan dibuang dalam tong sampah. Contohnya, korang lapar. Then, korang curik meggi kawan korang. Then kesokkannya, korang dok berdoa untuk dapat interview kerja. Memang tak ah untuk korang mudah dapat apa yang korang nak tu.

Are you sure Kay? Sebab aku nampak ada je member aku yang suka curi makanan, tak solat, tak berdoa tapi dia dapat semua yang dia nak.
Well, for this case, you should read THIS.

Waktu dan saat yang paling terbaik untuk berdoa.
Now, let me give you the best way untuk berdoa. Ramai yang ingat, berdoa just angkat tangan dan, pooff, aladin akan keluar. But that adalah total bullshit. Sebab ada cara sebenarnya nak berdoa to the max. Antara tempat dan waktu paling mustajab doa tu adalah:
  • Malam jumaat
  • Malam Hari Raya Aildil Fitri
  • Malam Hari Raya Aidil Adha
  • Malam 10 Muharram
  • Malam Nisfu Syaaban
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Hendak berbuka.
  • Gap waktu antara Azan dan Iqamah
  • Ketika Khatib duduk semasa Khutbah ke dua nak start. (Masa baca doa)
  • Waktu seleas solat Fardhu
  • Waktu antara Zohor dan Asar
  • Selepas Khatam Quran
  • Ketika hujan mula turun selepas kemarau.
  • Selepas buat benda-benda baik
  • Selepas bersedekah kepada fakir miskin.

Dan jangan lupa, suruh kawan-kawan korang doakan untuk korang. Kalau korang ada kawan, bestfriend, awek, tunang dan isteri, suruh dia doakan sekali. Sebabnya, doa perempuan lebih termakbul berbanding lelaki. Dan amalan meminta orang untuk mendoakan kita adalah satu amalan yang baik. Tapi jangan ar korang paksa kawan korang untuk doa tuk korang. Memang tak ah dieorang nak doa dengan iklas kan?


Bila korang dah start berdoa tentang satu perkara untuk satu jangka masa yang lama, one day, korang akan dapat satu persaan tenang dimana korang tahu yang korang sure akan dapat apa yang korang doakan tu. Itu lah saat dimana korang dah ada full faith in Allah. Aku cakap based on my experience. Aku ada masalah dengan apa yang aku fikir. Dari kecik lagi, bila aku fikirkan suatu benda, aku sure tak dapat. But, since I start berdoa guna 'hati' untuk satu perkara dengan berterusan, sampai satu tahap, aku tahu yang aku akan dapat perkara yang aku doakan tu. No doubt. Tu pun kalau aku berdoa sehabis mungkin lah. Sebab aku ni bukannya baik sangat.

Korang kena ingat. Allah tak pernah kata tidak untuk doa yang baik-baik. Allah hanya kasi 3 jenis jawapan je bila korang berdoa which is "Ya", "Belum lagi" dan "I got something better in mind"

Dan, kadang-kadang, aku rasa better kita berdoa mintak "dapat yang terbaik" instead of mintak benda yang kita nak.



No comments:

Post a Comment