Saturday, 5 January 2013

Cara Solat Sunat Hajat + Doa (Rumi dan Jawi)

Assalamualaikum w.b.t

Cara-cara melakukan Solat Sunat Hajat.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara dan panduan berlainan untuk mengerjakan solat hajat ini. Dirikanlah Sembahyang Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:


1. Cara bacaan Lafaz dan Niat Solat Suhat Hajat.



“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Setelah membaca Al-Fatihah seperti biasa:

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (Satu kali atau 11 kali). Ada juga berpendapat untuk membaca Surah Al Kafirun (1 kali atau 10 kali.)

Rakaat ke dua: Surah Al-Iklas 1 kali atau 10 / 11 kali.


“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

3. Membaca Tasbih yang berkaitan:

a.

ATAU / DAN

b.
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

4. Membaca doa Sembahyang Hajat:


Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat adalah:

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
  4. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.






No comments:

Post a Comment