Assalamualaikum w.b.t
"Hello gadis-gadis comel, berkaca mata serta kesunyian sekalian. Whats up?"
Baca baris pertama di blog tu pun dah cukup membuat dia menyampah. Dia gerakan mouse dan menekan punat "Close". Dia menghempaskan diri di kerusi malas. Dia mengeluh kesal. Kesal dengan diri dia yang tidak seperti manusia normal. Mungkin ramai tidak perasan bahawa dia agak berlainan tapi setelah lebih dua puluh tahun hidup sebagai seorang lelaki yang setinggi galah, dia akur dalam kecewa.
"Tak guna punya katil. Tak boleh ke kau dicipta panjang sikit? Asal aku tidur je, mesti kaki akan terlunjur keluar." Bentak Yierkif yang memang dah moody sejak dua hari lepas.
"Babe. Relax la babe." Tetiba Nuyul datang entah dari mana. Dia masuk ke dalam bilik Yierkif sambil mambawa segelas minuman Coco panas.
Yierkif menyahut minuman tersebut walaupun tidak dihulur.
"Kau jangan kata macam tu babe. Kau patut bersyukur kau dilahirkan panja--"
"Tinggi!" Yierkif memotong.
"Ya, tinggi. Kau patut bersyukur kau dilahirkan tinggi. Ramai gadis diluar sana suka jejaka tinggi tau babe. Kawan-kawan aku semua crush kat kau babe. Kau cuma tak perasan je."
Yierkif hanya diam. Dia tahu dia hot, ramai gadis mahukannya. Tapi itu bukan persoalannya. Memarah kepada ketinggian hanyalah distraction je. Apa yang dia kecewa sebenarnya adalah tentang dunia satu lagi. Ya, dunia Twitter. Dia teringat lagi perbualannya dengan Leplep.
"Lu relax la bro. Biasa la tu kena bash dengan budak-budak Twitter. Gua dah kabor Twitter sekarang dah tak selamat. Hari-hari ada je orang kena kutuk dan kena maki dengan warga Twitter" Kata LepLep sambil terus berBBM dengan beberapa gadis yang tidak dikenali.
"Aku tahu. Tapi apasal aku jadi mangsa bash? Kenapa bukan budak-budak sekolah yang sibuk tweet dengan anak panah tu? Or kenapa bukan budak-budak Twitter yang bajet alim tweet konon Islamik guna fake account Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus tu?"
Jari-jari LepLep berhenti menaip di BlackBerry Z10. Dia mengangkat kepala sambil memandang Yierkif. Matanya memandang dalam; Dalam ke dalam mata sahabatnya itu.
LepLep meletakan BlackBerrynya di tepi kerusi. Dia bangun, berjalan sedikit kehadapan dan membelakangi Yierkif. Dia memasukan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. "You been bashed, because you are just at the wrong place and the wrong time, buddy." Kata LepLep sambil mengalih pandangan ke arah awan yang berarak mendung kelabu. Pilu.
Yierkif hanya diam. Dia tahu apa yang Leplep cakapkan itu adalah benar, tapi... Hey, siapa tak pernah hidup dalam denial kan?
"Tak semua orang bernasib malang dan tak semua orang bernasib baik, Kif" Sambung Leplep lagi. "Lu tengok Mr Kay The Other Khairul tu. Dia hari-hari mengata perempuan. Tapi tak kena bash pun? Lu agak-agak kenapa? Sebab belum masanya lagi. Tu belum kira dia bajet tahu semua fakta pasal perempuan. Tak lama lagi kena la tu."
Yierkif terus terdiam lagi.
"So apa yang lu perlu buat, adalah stay cool." Sambung LepLep mematikan bicara.
Lamunannya terhenti apabila dia mendapati minuman Coco panasnya telah menjadi sejuk. Dia lantas bangun mengambil kunci kereta lalu bersiap untuk mencari tempat mengisi perut. Perut yang dah lama meminta belas kasihan.
Restoran Haji Ahmad kekurangan pelanggan seperti biasa. Mungkin disebabkan servis yang teruk, harga yang mahal dan tempat yang kotor, ramai mengambil keputusan untuk tidak makan disitu. Tapi mana-mana restoran Mamak pun moslty kotor, mahal dan servis teruk (Order ais kosong, esok pun belum tentu sampai). Tapi, masih ramai yang sukakan restoran Mamak. Pelik kan?
"Yo Kif!" Tegur Adib dari jauh.
"Sup bro?" Kata Adib lagi sambil mengangkat tangan.
"Sup." Yierkif menyapa sambil lewa. Banyak dah dia dengar cerita pasal budak ni. Dan yang paling terbaru, dengar cerita dia in relationship dengan artis memerangkap ustazah yang obses dengan politik.
*Bro-fist*
"Lama tak nampak kau, bro. Kau buat apa sekarang? Dah kerja eh?"
Yierkif menarik kerusi dari meja sebelah dan terus duduk. "A'ah. Aku dah kerja. Kerja gomen je."
Yierkif mengeluarkan e-cigg dari dalam poketnya. Ramai tak tahu e-cigg sebenarnya hanya haram di jual by internet or orang persendirian. Kalau beli kat farmasi dan pengeluar perubatan, boleh je.
"The hell man. Kerja gomen? Sejak bila kau jadi orang UMNO ni? Come la on bro. Zaman sekarang mana ada dah orang yang support government."
Pandangan Yierkif ditujukan lurus mengadap kaca TV. Astro mamak yang suck yang menayangkan cerita yang sama beratus ulang kali. Even kalau sesebuah filem tu anda dah tengok kat wayang mahupun BlueRay, tetap rasa nak tengok bila ditayangkan di mamak.
"Aku bukan support la. Aku kerja je. Offer dia nice. Gaji pun nice. Rugi la tolak." Yierkif menjawab dengan malasnya.
"Tapi bro. Tunang aku cakap haram kalau kita support kerajaan. Gaji yang kau dapat tu belum tentu halal. Sedikit sebanyak ada haram. Macam ASB juga. Macam saham juga. Benda tu haram." Dengan semangat Adib menerangkan kepada Yierkif. Mungkin dia berharap Yierkif akan setuju dengan pandangan dia. Biasa lah manusia yang rata-rata Melayu ni, pendapat orang lain adalah tentu sekali salah kalau tidak selari dengan pendapat sendiri, bukan?
"Fatwa mana kau dengar ni? Tak semua haram lah. Kau ni balik-balik haram." Dah la di dunia Twitter kena bash. Di dunia nyata pun kena bash jugak. Bengang betul Yierkif.
"Gini. Cuba kau tengok Mee Kari ni. Mee Kari ni halal tak? Halal. Tapi kalau aku letak sebesar zarah lemak babi, pastu aku kacau-kacau, dia jadi haram tak? Haram. Macam tu la juga dengan sistem kat dunia ni. Kalau ada sedikit je benda haram, semuanya akan jadi haram. Contohnya, duit pelaburan, dividend ASB, Takaful tu semua haram."
Yierkif masih tekun mengarah pandangannya kepada kaca tv. Siaran telah bertukar kepada Isu Semasa. Beberapa kanak-kanak pra sekolah #TeamSuzuran dan #GangFederroza ditangkap akibat perbuatan tak senonoh - Berkhalwat di khalayak ramai. Dah banyak dah kes pasal #TeamSuzuran dan #GangFederroza ni masuk berita. Last time dengar cerita, dieorang ditangkap sebab terkinja-kinja dengar lagu Justin Bieber.
Adib menarik nafas. Kemudian mengeluh setelah melihat seolah-olah tidak mendapat respon yang diharapkan daripada Yierkif.
"Macam cinta juga, Kif. Cinta tu benda yang suci. Tapi sedikit sebanyak, mesti ada nafsu. Even sikit, ianya tetap haram walaupun dilawan. Thats why lah bercinta tu haram. Kau kena faham konsep ni. Apa-apa perkara yang ada sikit benda haram, akan menjadi haram secara keseluruhanya."
Yierkif memandang budak di hadapannya itu dengan pandangan pelik. Minat terhadap berita merapu yang ditayang di kaca tv telah completely hilang. "Ilmu mana kau belajar ni? Macam mana kau boleh samakan pengharaman duit dengan pengharaman makanan? Cuba kalau aku curi RM5 dari fakir miskin. Selepas tu aku bank in duit tu ke dalam account bank kau; resultnya semua duit dalam bank kau jadi haram la ye?" Balas Yierkif dengan rakus. Dia tahu perangai Adib ni. Pesen perangai belajar fatwa kat Twitter, Facebook dan internet. Entah-entah, pegang babi dan anjing pun dikatanya haram.
Adib terdiam. Dia mengetap bibir tanda geram.
"Kau ni menjawab la Yierkif. Menjawab." Bentaknya sambil berdiri. "Ni la pesen orang remaja zaman sekarang. Suka sangat menjawab."
Yierkif ditinggalkan begitu sahaja. Dia kembali menghisap e-cigg. Dia sangkakan melepak di Mamak boleh menghilangkan tension. Tapi dia silap. Rupa-rupanya perangai reka fatwa sendiri bukan hanya wujud di twitter, malah dunia sebenar.
Dia menyandarkan badannya ke kerusi yang separa senget. Asap rokok palsu dilepaskan. Dia memandang ke meja sebelah. Ada seorang gadis comel. Dia kenyitkan mata. Kenyitannya dibalas dengan senyuman manis.
"Damn, I'm hot."

No comments:
Post a Comment