Assalamualaikum w.b.t
Hello Pencacai PR dan Pencacai BN sekalian. Hari ni dah melobi untuk parti kesayangan anda ke belum? Hiks.
Seperti yang kita semua tahu, politik negara kita kini berada dalam era kebangkitan rakyat. Era pembaharuan dan era semua benda boleh dilepas cakap. Tapi dalam banyak-banyak benda dalam dunia politik, aku perasan yang bila cakap bab politik, orang akan inspek seperti:
Kau ni penyokong BN ke penyokong PR?
Dan yang membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa semua orang di Malaysia seolah-olah perlu pick satu side? Kenapa setiap orang di Malaysia perlu pick samaada dia penyokong PR ataupun BN? Tak boleh ke kalau seseorang tu benci BN dan PR? Tak boleh ke seseorang tu jadi neutral?
So Mr Kay. Kau ni penyokong belah mana?
Sejujurnya, aku prefer untuk kata aku ni adalah Pengundi Atas Pagar (More to neutral). Kalau korang bagi aku ketas untuk mengundi sekarang, aku tak tahu aku akan undi siapa. Sebab bagi aku, semua parti politik major di Malaysia adalah sama. Semuanya suck on the same level. Korang mungkin akan kata "Habis tu, undi je lah PAS. At least undi untuk Islam." Well, kalau anda kata macam tu, memang obvious lah PAS hanya dipergunakan untuk dapat more undi dalam PR. Correct?
Kau tak perasan ke pengundi atas pagar dihina dan dicela gila?
Aku perasan yang ramai gila kutuk pengundi atas pagar kat Facebook dan Twitter. Sebab tu lah ramai yang hanya diam bila isu politik dibuka. Bagi mereka, pengundi atas pagar ni tak ada pegangan. Tak ada hala tuju dan bodoh.
Tapi aku rasa ramai yang tak sedar yang Pengundi Atas Pagar adalah seorang pengundi yang tak berat sebelah seperti anda. Pengundi atas pagar adalah orang yang neutral dan tidak bias. Kalau Parti PR buat silap, dia akan kutuk. Kalau PR buat baik, dia akan puji. Begitulah juga dengan parti BN. Kalau Parti BN buat silap, kutuk dan maki tetap akan berlaku. Tapi anda? Kalau anda penyokong PR, apa yang Anwar buat semua betul. Semua suci. Apa yang Najib buat semua salah. Begitulah lah juga dengan penyokong BN. Apa yang Najib buat semua terbaik. Apa yang Anwar buat, semua gay.
Kan?
Hanya pengundi atas pagar yang tak buta dengan obsesi politik.
Hanya pengundi atas pagar je nampak bahawa it is so weird bila terlampau banyak video lucah yang keluar seolah-olah mengatakan setiap penyokong pembangkang adalah gay dan setiap ahli BN adalah baik.
Dan, hanya pengundi atas pagar je nampak bahawa it is so weird bila Anwar terlampau suci. Setiap keburukan Anwar Ibrahim adalah satu fitnah. Dan setiap keburukan Najib adalah fakta.
That is why lah bagi aku debat-debat kat TV ke, manifesto ke apa ke semua tu dah tak berapa efektif untuk major improvement. Sebab 99% dari penduduk di Malaysia dah set in their mind dah siapa yang dia nak pangkah time PRU akan datang kan?
Let me ask you something. Andai kata somehow ada bukti yang mengatakan Anwar Ibrahim / Najib Razak sedang buat plan untuk huru harakan negara Malaysia, adakah anda masih akan undi dia? Kalau anda menjawab "Ya", then terbukti lah yang anda dah obses dengan politik.
And then, kalau currently anda masih belum set mind anda untuk undi siapa, itu maksudnya anda masih 'atas pagar'. Sebab banyak orang Malaysia yang aku kenal akan tetap undi sesebuah parti walau apa je keburukan parti tu akan buat.
So, siapa yang akan aku undi nanti? I dont know yet. Still got beberapa hari for them to prove themself.
Question: Anda undi berdasarkan parti atau bedasarkan apa jasa wakil rakyat lakukan di tempat anda?
No comments:
Post a Comment